Selepas kejadian Adam terlanggar seorang gadis yang bernama Melati, dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk membela gadis yang tidak ingat asal-usulnya itu. Terjaga daripada pengsan, Melati tidak dapat mengingati apa-apa kecuali namanya sendiri. Seri terasa terganggu dengan kehadiran Melati kerana Seri mengimpikan Adam menjadi suaminya.
Setahun berlalu, Melati masih tidak ingat apa-apa tentang dirinya, dan masih tinggal bersama keluarga Adam. Fatima memutuskan untuk meminta anaknya mengahwini Melati untuk mengelakkan orang bersangka buruk tentang mereka. Adam dan Melati yang sudah mempunyai perasaan antara satu sama lain, bersetuju dengan cadangan Fatima.
Perkahwinan mereka telah menyebabkan Seri menjadi begitu marah dan Seri bersumpah dia akan menyihir Melati dan membuatkan ia sengsara. Sejak itu, perkahwinan Adam dan Melati berada dalam kesusahan. Melati terus mendapat sakit dan dia sentiasa berkhayal dan hysteric.
Pak Leh, bapa saudara Adam mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Melati. Pak Leh juga seolah-olah tahu apa jawapan kepada masalah mereka. Satu hari, Adam merasakan bonggol kecil di belakang leher Melati. Adam mengesyaki Seri punca segalanya tetapi Pak Leh mendakwa bahawa Melati sebenarnya adalah pontianak! Adakah benar-benar Melati pontianak? Adakah ia kerana Seri? Apa yang akan berlaku kepada Adam?
JOM TONTON
Tiada ulasan:
Catat Ulasan