Tonton Wawa Semput



WAWA SEMPUT merupakan sebuah filem yang membawakan kisah dari sisi kehidupan Wawa (setiausaha Nadia dalam filem Adnan Sempit). Jika dalam filem Adnan Sempit 1 dan 2 kita melihat kisah cinta Adnan si mat rempit dan Nadia anak orang berada, diselangi gelagat Wawa dan Bobby sebagai rakan mereka, tak lupa penampilan Ismat hanya diberi fokus pada babak-babak tertentu. Kini sudut penceritaan dalam WAWA SEMPUT lebih bertumpu kepada kehidupan Wawa bersama Bobby pula.. dan juga peranan Ismat lebih diketengahkan.

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. 

Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – Wawa dan Bobby menjalani kehidupan dengan menjual burger seperti biasa. Namun sikap Bobby yang terlalu suka berangan-angan namun malas berusaha membuatkan Wawa bertindak meninggalkan Bobby. Impiannya adalah untuk mempunyai bakal suami yang rajin bekerja. Dalam pada itu, kemesraan Ismat terhadap Wawa turut dicemburui Bobby.

Ketika konflik melanda hubungan Wawa dan Bobby, Ismat hadir di antara mereka dan menawarkan kasih (kenapa ayat aku macam novel hah??). Wawa yang geram terhadap Bobby melayan Ismat untuk membuatkan Bobby lebih cemburu. Namun melihatkan kesungguhan Ismat meluahkan perasaan membuatkan Wawa berbelah bahagi untuk memilih.

Keadaan menjadi lebih sukar buat Wawa apabila rakan baiknya Ayuni rupa-rupanya meminati Ismat. Dan Ayuni berpakat dengan Bobby untuk membuatkan Wawa cemburu. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Bobby dan Ismat untuk menawan hati Wawa dan ayahnya, Pak Din. Adakah cara salah seorang daripada mereka berhasil memikat Wawa? Siapakah yang Wawa pilih akhirnya ?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BELONGS TO MOVIE MANIA